Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

JEMPUTAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009 (PBAKL 2009)Tarikh:17-26 April 2009
Tempat:Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Slot khas untuk UM pada hari Ahad 26 April 2009, jam 1.00 hingga 3.00 petang di
Pentas Utama bangunan PWTC



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan salah satu acara kemuncak di Malaysia yang berkaitan dengan buku terutamanya dalam usaha untuk menyampaikan mesej nilai murni Membudayakan Minat Membaca dengan mendekatkan generasi muda dengan buku-buku ilmiah. Justeru itu, penglibatan generasi muda di pesta seumpama ini bukan sahaja mampu mengajak golongan muda yang lain untuk menanam minat membaca demi menimba ilmu secara bersantai tetapi juga mampu mempertingkatkan jati diri para siswa Universiti Malaya.


Persembahan yang mengintegrasikan unsur pembelajaran dan kebudayaan ini bertujuan bukan setakat mencetuskan elemen pendidikan yang holistik malah dapat menyerlahkan bakat dan kemahiran berkomunikasi para siswa selaku pemimpin masa hadapan.


Untuk makluman, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung selama 10 hari mulai 17 hingga 26 April 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.


Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput dan mengalu-alukan penglibatan para siswa dan kakitangan UM ntuk menempa nama di perkarangan Pentas Utama PWTC. Satu slot khas telah disediakan untuk UM iaitu pada hari Ahad 26 April 2009, jam 1.00 hingga 3.00 petang di
Pentas Utama bangunan PWTC. Sebarang maklumat dan pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Koordinator Jawatankuasa Aktiviti PBAKL 2009, Pn. Jamaliah Hasan di talian 016-2347038 atau 017-3345578.




Sumber Asal klik

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment