PENGENALAN LAJNAH JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH (AQSA)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
SESI 2009/2010 ( 1430/1432 H )
1. MUQADDIMAH/ PENDAHULUAN
Jabatan Al Quran & Al Hadith mempunyai sebuah lajnah yang dikenali sebagai (AQSA) iaitu singkatan bagi Al-Quran & Al-Hadith Student Association. Dahulunya lajnah ini lebih dikenali sebagai BAQO’ oleh lajnah pelajar sebelum ini. Ilham penukaran nama lajnah dilakukan dalam mesyuarat tertinggi lajnah dan telah dipersetujui oleh ketua jabatan iaitu Dr. Ishak.
Penubuhan Lajnah Al-Quran & Al-Hadith (AQSA) merupakan satu wadah bagi para pelajar di Jabatan Al Quran & Al Hadith, menyalurkan aspirasi berpersatuan di pelbagai lapangan dan bidang kemahiran. Melalui Lajnah ini, pelajar Jabatan Al Quran & Al Hadith dapat menggilap dan mengembangkan potensi diri, membina karisma kepimpinan dan keterampilan, di samping menimba pengalaman dalam berorganisasi.
2. TUJUAN PENUBUHAN
Lajnah ini bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kemaslahatan para pelajar Jabatan Al Quran & Al Hadith. Selain itu, ia juga merupakan satu medium untuk merapatkan hubungan silatulrahim dan mempertaut ukhuwwah di kalangan para pelajar.
3. VISI
Menjadi sebuah badan pelajar yang berfungsi sebagai wadah untuk membentuk sahsiah peribadi muslim berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith.
4. MISI
AQSA bermatlamat untuk menjadi sebuah badan pelajar yang efisien, berintelektual dan berkarisma menuju kecemerlangan dalam membentuk generasi rabbani melalui program-progam yang akan dilaksanakan selaras dengan tuntutan dan hasrat agama, bangsa dan negara.
5. OBJEKTIF
Mengukuhkan ukhuwah Islamiyyah di kalangan mahasiswa dan pensyarah serta kakitangan di Jabatan Al-Quran & Al-Hadith .
Menjana mahasiswa yang berkualiti, berilmu dan mantap berasaskan madrasah tarbiyah Al Quran & Al Hadith.untuk menghadapi cabaran semasa selaras dengan tuntutan keperluaan masyarakat kini.
Melahirkan golongan ilmuan yang beintelektual dan berkemahiran dalam pelbagai bidang khususnya ilmu Al-Quran dan Al-Hadith dan cabang-cabangnya.
Menggilap potensi diri dan membina kemahiran serta keterampilan mahasisiwa AQSA
Melahirkan generasi pemangkin masyarakat madani yang mengaplikasikan tuntutan Al-Quran dan Al-sunnah pada dalam globalisasi.
Related Article:
Department of Al-Quran & Al-Hadith

0 comments:
Post a Comment