Selamat Bercuti
1 comments Saturday, May 9, 2009
kepada semua rakan-rakan AQSA, selamat bercuti dan pulang ke kampung. semoga gembira bersama keluarga yang disayangi dan menjaga diri baik-baik.
ulang kaji pelajaran untuk final!=no bloging
0 comments Saturday, May 2, 2009sudah hampir sebulan admin blog tidak mengupdate blog ni. disebabkan fokus utama pada hujung semester adalah peperiksaan akhir, maka tumpuan sudah tentu kepada pelajaran. ditambah dengan kekurangan info untuk dilampirkan, admin pun menjadi malas.
hehe.. ^^INFO!
makluman kepada pelajar-pelajar AQSA, semua batch 1,2,3, pihak admin komunitiaqsa amat mengalu-alukan anda semua untuk menghantar apa-apa artikel atau berita, info menarik yang ingin dikongsi bersama kedalam blog ini. kepada yang berminat bolehla emel secara terus ke asqa0708@gmail.com sekian terima kasih
Prof Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff antara penerima darjah kebesaran Kelantan 2009
0 comments Tuesday, March 31, 2009KOTA BAHARU, 30 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului senarai 641 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-59 keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pada Isnin.
Dr Ahmad Zahid merupakan penerima tunggal darjah kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Sebanyak 51 yang lain akan turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Medan Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang menerima darjah kebesaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (SPKK).
Pengarah Urusan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) manakala empat lagi menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) iaitu Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Chor Chee Heung, Pengarah Urusan Kumpulan Boustead Holding Berhad Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan Ismail Md Noor dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baharu Datuk Mohd Azman Husin menerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK) manakala Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wijaya Baru Global Berhad Datuk Seri Tiong King Sing dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan Datuk Zalekha Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DPMK).
Enam penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Mohd Amar Abdullah, Tengku Indera Pahlawan Diraja (Selangor) Tengku Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj, usahawan Thailand Anupasna Suwanmongkol, Pengarah Eksekutif/Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Wijaya Baru Global Berhad Faizal Abdullah, Pengarah Eksekutif CIMB Bank Berhad Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan dan Pengarah Urusan LCL Corporation Berhad Low Chin Meng.
Panglima Lapan Briged Markas Briged Kelapan Infantri Brigadier Jeneral Azizan Md Delin, Ketua Risik 4 Bahagian Staf Perisikan Pertahanan Kementerian Pertahanan Brigadier Jeneral Mat Rashid Ashaari, Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM Laksamana Muda Datuk Musa Omar dan Panglima 2 Briged Markas Briged Kedua Infantri Brigadier Jeneral Zulkifli Mansor pula menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan (DPKK).
Seramai 15 penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) iaitu Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Alias Ahmad, Pengarah Kastam Kelantan Azis Yacub, Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan Kementerian Kewangan Bukhari Hasan, Timbalan Mufti Kelantan Che Mohd Rahim Jusoh, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Taiping Hassan Ab Rahman, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Mat Noor Nawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan)/Pengarah Unit Perancang Ekonomi Kelantan Mohd Azamli Jamaluddin, Profesor Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Nik Anuar Nik Mahmud.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri Dr Siti Mariam Che Ayub, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri Dr Sohaimi Mohd Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) RISDA Wan Mohamad Zuki Mohamad, Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Ir Dr Zainai Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Kelantan Dr Zainuddin Ibrahim dan
Profesor Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Prof Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff.
Seramai 14 penerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) ialah Presiden Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia Abdullah Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (D7) Bukit Aman SACII Ahmad Sofian Md Yasin, Komandan Pusat Latihan Polis SACII Amar Singh Ishar Singh, Timbalan Ketua Polis Kelantan SACII Amir Hamzah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Wang persaraan (DiPerbadankan) Azian Mohd Noh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SACII Hasnan Hassan.
Ketua Jajahan Kota Baharu Ismail Ghani, Timbalan Pengarah (KDN/KA) Bukit Aman SAC1 Muhammad Fuad Abu Zarim, Timbalan Ketua Urusetia KPN (Tatatertib) Bukit Aman SACII Mohd Zulyadaen Ismail, Pegawai Polis Diraja Thailand, Mejar Jeneral Pichet Pitisatetapan, Penolong Ketua Urusetia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman P/SACII Razali Ab Razak, Pengarah Urusan Cyberview Sdn Bhd Redza Rafiq Abdul Razak, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat/Setiausaha Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Datuk Rosely Samsuri dan Komandan Maktab Polis Diraja Malaysia SAC1 Datuk Shabudin Abdul Wahab.
Sultan Kelantan turut berkenan menganugerahkan Ahli Yang ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (PMK) kepada tiga penerima dan lima menerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (JMK).
Selain itu 12 menerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (PKK) dan 30 penerima Ahli Yang Ketiga (Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (PSK). Pengurniaan darjah dan pingat kebesaran ini akan berlangsung di Istana Balai Besar pada Isnin.
Sementara itu seramai 48 penerima Ahli Yang Keempat (Bentara) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (BSK), 72 penerima Ahli Yang Kelima (Ahli) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (ASK), 23 penerima Bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK), 60 penerima Bintang Seri Kelantan (SK), 91 penerima Bintang Ahli Kelantan (AK), 44 penerima Pingat Bakti (PB), 78 penerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS), 45 penerima Pingat Taat (PT), 50 penerima Pingat Perangai Baik (PPB), 16 penerima Surat Kepujian dan 12 penerima Jaksa Pendamai (JP).
Pengurniaan darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan jaksa pendamai akan diadakan pada majlis berasingan 30 April ini.
-- BERNAMA
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith mengucapkan Tahniah kepada Dato'Prof.Dr.Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff diatas penerimaan darjah kebesaran tersebut.
klik sumber asal
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
0 comments Sunday, March 29, 2009JEMPUTAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2009 (PBAKL 2009)Tarikh:17-26 April 2009
Tempat:Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur
Slot khas untuk UM pada hari Ahad 26 April 2009, jam 1.00 hingga 3.00 petang di
Pentas Utama bangunan PWTC
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan salah satu acara kemuncak di Malaysia yang berkaitan dengan buku terutamanya dalam usaha untuk menyampaikan mesej nilai murni Membudayakan Minat Membaca dengan mendekatkan generasi muda dengan buku-buku ilmiah. Justeru itu, penglibatan generasi muda di pesta seumpama ini bukan sahaja mampu mengajak golongan muda yang lain untuk menanam minat membaca demi menimba ilmu secara bersantai tetapi juga mampu mempertingkatkan jati diri para siswa Universiti Malaya.
Persembahan yang mengintegrasikan unsur pembelajaran dan kebudayaan ini bertujuan bukan setakat mencetuskan elemen pendidikan yang holistik malah dapat menyerlahkan bakat dan kemahiran berkomunikasi para siswa selaku pemimpin masa hadapan.
Untuk makluman, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung selama 10 hari mulai 17 hingga 26 April 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput dan mengalu-alukan penglibatan para siswa dan kakitangan UM ntuk menempa nama di perkarangan Pentas Utama PWTC. Satu slot khas telah disediakan untuk UM iaitu pada hari Ahad 26 April 2009, jam 1.00 hingga 3.00 petang di
Pentas Utama bangunan PWTC. Sebarang maklumat dan pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Koordinator Jawatankuasa Aktiviti PBAKL 2009, Pn. Jamaliah Hasan di talian 016-2347038 atau 017-3345578.
Sumber Asal klik
Hubungi kami
0 comments Thursday, March 26, 2009Tentang Kami
0 comments Wednesday, March 25, 2009PENGENALAN LAJNAH JABATAN AL-QURAN DAN AL-HADITH (AQSA)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI MALAYA
SESI 2009/2010 ( 1430/1432 H )
1. MUQADDIMAH/ PENDAHULUAN
Jabatan Al Quran & Al Hadith mempunyai sebuah lajnah yang dikenali sebagai (AQSA) iaitu singkatan bagi Al-Quran & Al-Hadith Student Association. Dahulunya lajnah ini lebih dikenali sebagai BAQO’ oleh lajnah pelajar sebelum ini. Ilham penukaran nama lajnah dilakukan dalam mesyuarat tertinggi lajnah dan telah dipersetujui oleh ketua jabatan iaitu Dr. Ishak.
Penubuhan Lajnah Al-Quran & Al-Hadith (AQSA) merupakan satu wadah bagi para pelajar di Jabatan Al Quran & Al Hadith, menyalurkan aspirasi berpersatuan di pelbagai lapangan dan bidang kemahiran. Melalui Lajnah ini, pelajar Jabatan Al Quran & Al Hadith dapat menggilap dan mengembangkan potensi diri, membina karisma kepimpinan dan keterampilan, di samping menimba pengalaman dalam berorganisasi.
2. TUJUAN PENUBUHAN
Lajnah ini bertindak sebagai badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan kemaslahatan para pelajar Jabatan Al Quran & Al Hadith. Selain itu, ia juga merupakan satu medium untuk merapatkan hubungan silatulrahim dan mempertaut ukhuwwah di kalangan para pelajar.
3. VISI
Menjadi sebuah badan pelajar yang berfungsi sebagai wadah untuk membentuk sahsiah peribadi muslim berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith.
4. MISI
AQSA bermatlamat untuk menjadi sebuah badan pelajar yang efisien, berintelektual dan berkarisma menuju kecemerlangan dalam membentuk generasi rabbani melalui program-progam yang akan dilaksanakan selaras dengan tuntutan dan hasrat agama, bangsa dan negara.
5. OBJEKTIF
Mengukuhkan ukhuwah Islamiyyah di kalangan mahasiswa dan pensyarah serta kakitangan di Jabatan Al-Quran & Al-Hadith .
Menjana mahasiswa yang berkualiti, berilmu dan mantap berasaskan madrasah tarbiyah Al Quran & Al Hadith.untuk menghadapi cabaran semasa selaras dengan tuntutan keperluaan masyarakat kini.
Melahirkan golongan ilmuan yang beintelektual dan berkemahiran dalam pelbagai bidang khususnya ilmu Al-Quran dan Al-Hadith dan cabang-cabangnya.
Menggilap potensi diri dan membina kemahiran serta keterampilan mahasisiwa AQSA
Melahirkan generasi pemangkin masyarakat madani yang mengaplikasikan tuntutan Al-Quran dan Al-sunnah pada dalam globalisasi.
Related Article:
Department of Al-Quran & Al-Hadith

